Homemade Kek Kukus Sarawak : Hati Pari & Lumut

Mari! Mari! Mari!

Kek kukus Sarawak sudah mula menapak di decodanmakan!!! Admin perkenalkan 2 jenis terlebih dulu iaitu Kek Kukus Lumut dan Kek Kukus Hati Pari, saja nak bagi surprise. Mesti you all tertanya-tanya kek apa lagi yang ada kan jeng jeng jeng


Kek Kukus Lumut (kiri, warna hijau) dan Kek Kukus Hati Pari (kanan, warna coklat)

Tester admin belum sempat lagi nak edar tester kat kenalan. Esok admin akan hantar ke area paling dekat. Buat masa ni, admin kongsi dulu dekat decodanmakan. Jika ada tempahan masuk, macam biasalah. Hubungi aje admin untuk order.

 Kek Kukus Lumut


 Kek Kukus Hati Pari

You all jangan terpengaruh sangat dengan rupanya yang mungkin tak berapa menariklah pada you all. Yang penting rasanya dijamin... thumbs up. Marvellous. Sekali cubit, tak puas anak tekak mesti nak rasa lagi. Pendek kata, indah rasa dari rupa. Sebabnya, kek kukus Sarawak di decodanmakan hanya menggunakan bahan yang berkualiti dan bahan utamanya diimport dari Sarawak sendiri untuk mengekalkan rasa asli kek. Ecewah, macam formal sangat pulak ayat admin ni.


Kepada you all yang teringin nak merasa, terutama pada kawan-kawan tu... jangan segan silu, hubungi admin untuk tempahan. Namun, sila ambil perhatian ya. Memandangkan kek Kukus Sarawak ni memakan masa yang lama untuk dimasak, decodanmakan hanya keluarkan stok pada hari Ahad dan Isnin sahaja. Jadinya tak kira you all order bila, hanya 2 hari ni aje boleh dapat. So, admin suggest buat tempahan sekurang-kurangnya 3-4 hari lebih awal.

Harga untuk saiz macam dalam gambar hati pari kat atas (>500g):

Kek Kukus Lumut : RM25

Kek Kukus Hati Pari : RM33

Jenis penghantara: self pickup. Penghantaran percuma hanya ke kawasan Bandar Tun Razak dan Bandar Seri Permaisuri.

No comments:

Post a Comment