Tempahan Kerepek Akhir Tahun

Selesai packaging tempahan kerepek semalam. Alhamdulillah, kerepek pun dah diagihkan. Walaupun tak banyak tempahan tapi syukurlah untuk permulaan. Decodanmakan ada bercadang untuk mengembangkan perusahaan kerepek kami di merata tempat. Setakat ni dah masuk tiga kawasan dan alhamdulillah sambutannya menggalakkan. Hujung minggu ni bolehlah kami ronda-ronda cari kawasan baru (>_<)V

Tahun 2014 pun dah semakin dekat nak tinggalkan kita. Di sini admin pun nak maklumkan bahawa harga kerepek pisang tanduk di decodanmakan terpaksa dinaikkan mulai Januari 2015. Bukanlah sebab dah dapat sambutan decodanmakan nak ambil kesempatan tapi disebabkan kenaikan harga pisang yang tak dapat dielakkan disebabkan kekurangan stok. Rata-rata pengusaha kerepek pun mengaku kekurangan stok menyebabkan harga kerepek juga naik. Decodanmakan tak terkecuali. Harap maaf dan harap maklum ye.

Decodanmakan pernah guna pisang yang diimport dari Thailand untuk kerepek pisang kami tapi rasanya 'kurang' daripada pisang tempatan. Mungkinkah spesies berbeza? Atau sebab penghantaran yang jauh menyebabkan kualiti pisang yang sampai kepada kami tu pun berkurang sama. Harganya pun bukannya lagi murah. Jadi, decodanmakan ambil keputusan untuk kekal memilih pisang tempatan. Stok kerepek kami hanya akan disediakan bila ada temapahan untuk memelihara kesegarannya. Biasanya bila stok lama, rasanya tengik kan. Sebab tu harga pasaran kami tak boleh nak ikut harga kilang/bundle ye... kami kena ikut harga pasaran bahan mentah (^_^)

Tapi jangan sedih jangan kecewa.  Sampai 31 Disember 2014 ni decodanmakan masih menawarkan harga yang sama. Tahun depan pun kalau ada kesempatan kami akan buat promosi dari semasa ke semasa. Jadi apa lagi. Kepada yang berminat dengan kerepek pisang kami, kenalah buat tempahan awal dan ikuti promosi yang akan kami buat nanti ye!!! (^0<)//

No comments:

Post a Comment