Mural indoor dan outdoor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (^_^)/

Apa cerita hari ini? Harap semuanya ceria-ceria pagi ni.. sampailah ke tengah malam nanti ye. Tuan kedai decodanmakan nak buat pengumuman sikit tentang servis mural yang ditawarkan oleh Rotibakar Artwork. Terlebih dulu admin ucapkan terima kasih banyak pada yang beri feedback dan yang bertanya pasal servis mural ni. Oleh kerana ada info yang mungkin admin terlepas nak hebahkan, minta maaf ye. Kat sini admin akan maklumkanlah... rotibakar artwork buat mural indoor dan outdoor, sama ada penuh dinding atau cuma lukisan subjek sahaja tanpa background.

Untuk lukisan penuh dinding, promosi yang rotibakar artwork buat sekarang adalah serendah RM10 sqft (per kaki persegi). Contohnya kalau keluasan dinding tu 100 sqft, totalnya RM1000. Amaun ni dah termasuk material & kos pengangkutan dan tak kiralah designnya macam mana. Material yang digunakan adalah cat kapur atau pelaka.

Untuk lukisan subjek tanpa background pula, yang ni kebanyakan customer rotibakar artwork prefer jenis ni... harga bergantung kepada keluasan dinding dan design. Material yang digunakan cat kapur atau pelaka. Cat air juga boleh menjadi salah satu pilihan jika bajet rendah tapi admin rotibakar artwork tak galakkan sangat.

Kedua-dua jenis pakej ni boleh buat indoor atau outdoor. Tapi masih ada limitation di mana rotibakar artwork tak buat untuk dinding yang terlampau tinggi macam outdoor tingkat 1 atau lebih tinggi dari tu. Admin rotibakar artwork ni gayat orangnya. Hehe.

Jika you all berminat, boleh hubungi admin untuk perbincangan lanjut. Draf atau lakaran lukisan (hitam putih) hanya akan dihantar setelah persetujuan kedua-dua belah pihak atas perbincangan di awal tadi. Bayaran servis adalah seperti berikut:

Selepas draf dipersetujui: 50% deposit
80% kerja selesai : 25%
Kerja selesai : Baki 25%

Sampai di sini saja admin nak berceloteh. Kalau masih ada keraguan yang admin tak terjawab di sini, bolehlah hubungi admin terus ye. Terima kasih semua (>__<)*

No comments:

Post a Comment