Perkhidmatan Gubahan

Di bawah adalah antara contoh gubahan kami. Kami buka tempahan dgn material (kami pilih aksesori mengikut bajet pelanggan) atau tempahan upah gubahan (aksesori disediakan oleh pelanggan). Kami fokus kepada gubahan bajet rendah hingga sederhana kerana kami prihatin dgn kos hidup yg semakin meningkat sekarang. Pada yg suntuk masa atau tak tahu nak gubah sendiri... kalo bajet rendah, kami sedia terima tempahan. Nak tempah bunga creepe saja pon boleh. Nak tempah bunga telur bunga creepe pun bole. Tempahan diterima di sekitar Lembah Klang & Kluang (Johor).










Yang old school style pon boleh. Teringat zaman 90an dulu. Rumah coklat ni memang femes la waktu dulu kan... caj gubahan minimum serendah RM30 sedulang (tanpa material). Jadinya pada mereka yang mencari tempahan gubahan bajet dan berpatutan bolehlah singgah dan hubungi 01123175332

Mahu fotografi murah?

Pertunangan.. perkahwinan... bila cerita pasal majlis bertunang atau perkahwinan mesti terlintas di fikiran kita tentang fotografi. Mestilah setiap orang nak menyimpan kenangan dan memori-memori indah itu untuk diabadikan. Sehingga ada yang sanggup berhabis banyak untuk sesi fotografi dan gambar-gambar yang memikat hati. Saya pun ada pengalaman yang sama. Sibuk saya mencari fotografer yang cantik-cantik gambarnya... kalau kurang cantik pun kalau berbaloi dengan harganya pun saya pertimbangkan juga. Namun zaman sekarang ni rata-rata pakej yang ditawarkan memang mahal setimpal dengan kos yang terpaksa ditanggung oleh setiap fotografer itu sendiri. Pun begitu bukan semua orang mampu untuk menanggung harga dan kos tersebut. Masa saya nak meniti hari bahagia tu pun sama. Bajet yang kecil buat saya sakit kepala. Takkanlah saya sendiri nak ambil gambar har perkahwinan sendiri kan. Mestilah saya cari orang lain. Macam saya cakap tadi rata-rata pakej fotografi yang ditawarkan melibatkan kos hingga empat angka. Paling murah RM1200-RM1500 untuk satu majlis. Sedangkan majlis saya melibatkan 2 hari berbeza sebab nikah malam sebelum majlis resepsi. Jadi dikira sebagai 2 majlis berasingan. Kalau ada fotografer yg baik, kalau majlis nikah pagi dia akan kira untuk satu majlis sahaja. Kalau dikira sebagai dua majlis darablah dengan 2. Jadi mungkin boleh mencecah RM2000+ sehingga RM3k. Berapa lama masa diambil untuk kumpul wang sebanyak ni? Pening bukan. Sedangkan banyak lagi wang diperlukan untuk pelamin, persalinan, katering, khemah dan sebagainya. Tu tak termasuk lagi goodie bag untuk tetamu atau sahabat handai yang rapat, mestilah nak bagi goodie yang lebih istimewa.

Macam mana nak kurangkan kos? Kurangkan kos katering? Paling murah pun boleh dapat RM8 sekepala. Kalau 1000 orang tetamu (untuk 500 keping kad jemputan), dah RM8000 bukan? Ok la..kita kurangkan sikit jumlah tetamu kepada 800 orang iaitu untuk 400 keping kad jemputan. Berapa? RM6400. Itu baru katering. Yang lain-lain? Ada orang yang sanggup sampai tak tempah fotografer untuk majlis yang bersejarah dalam hidup semata-mata kerana lari bajet. Sedangkan majlis ni tak akan datang lagi dan lama-lama kita boleh lupa apa yang berlaku masa hari tersebut. Dengan gambar inilah kita boleh mengembalikan semula memori lama. Wajah-wajah ceria di hari inilah yang mahu kita tonton dan pertontonkan kepada anak cucu dan generasi kita yang akan datang. Dari gambar-gambar ini jugalah anak cucu kita mengenali setiap ahli keluarga kita. Dan tak mustahil juga gambar inilah yang merapatkan semula hubungan yang mungkin mula hambar. Jangan kata tak mungkin kerana tiada yang mustahil.

Bila diambil kira semua ni, saya pun kena juga cari seorang fotografer. Macam mana? Bajet saya kecil. Tak mampu nak bayar hampir 2000 hanya untuk gambar. Apa yang menyebabkan pakej itu mahal. Cuba tolak satu per satu promosi yang ditawarkan. Mula-mula sekali tolak photo album tak kiralah sticky album ke photobook ke. Custom album lagi mahal. Lepas tu tolak pula yang lain macam frame gambar 8R. Boleh? Tak boleh, minta raw picture je. Maksudnya fotografer nanti cuma ambil gambar sahaja dan beri semua soft copy gambar anda dalam CD/DVD/thumbdrive. Tanpa edit. Jadinya anda boleh edit sendiri atau hantar aje kat kedai bila-bila poket penuh nanti :)

Berapa kos untuk raw picture? Cuba survey.. rata-rata 800+. Nak murah? Bajet bawah 500? Hubungi saya. Malu nak bergambar depan fotografer lelaki? Hubungi saya 011-23175332. Saya bukan professional. Saya cuma suka-suka... dengan harapan untuk bantu bakal-bakal pengantin yang juga berada di situasi saya dulu.

Untuk contoh gambar dan banyak lagi:

http://yuri-iqmal.blogspot.com/2012_05_01_archive.html Saya dah kata saya bukan profesional (^o^) Kalau suka, cari saya. Kalau nak lagi gah, kena cari yang profesional (>_<)