Cupcakes

Harga dan Spesifikasi

Menerima tempahan untuk perayaan, majlis keraian, hari jadi, cenderahati, hantaran pertunangan/perkahwinan, dll

Pakej A.  Cupcakes (kek sahaja tanpa topping)

Perisa pilihan: Butter Vanilla / Chocolate Moist
Harga : RM 1.50/pcs (saiz M); RM1.00/pcs (saiz S)
Minimum order 30pcs
Saiz: M (7cm atas, 4.5cm bawah);
         S (6cm atas, 3cm bawah)

** Tambahan 20sen/pcs untuk tambahan filling (inti): coklat, strawberi, blueberry
** Tambahan 20sen/pcs untuk individual packaging 
** Diskaun untuk tempahan 500pcs++


Pakej B. Cupcakes hiasan simple (topping butter cream sahaja)

Perisa kek : Butter Vanilla / Chocolate Moist
Topping: Buttercream (perisa butter/lemon: boleh pilih warna topping)
Harga : RM32 / 16pcs
Minimum order 16pcs
Saiz M

**Tambahan 20sen/pcs untuk tambahan filling dalam kek: coklat, strawberi, blueberry
**Tambahan 20sen/pcs untuk individual packaging

Pakej C. Cupcakes topping dengan edible aksesori (choc button/choc rice/choc chips/manik/gula2 hiasan pelbagai bentuk)

Kek: Butter Vanilla / Chocolate Moist
Topping: Buttercream (Perisa butter/lemon: Boleh pilih warna)
Aksesori: choc button/choc rice/choc chips/manik/gula2 hiasan pelbagai bentuk
Harga : RM35 / 16pcs
Minimum order 16pcs
Saiz M

**Tambahan 20sen/pcs untuk tambahan filling dalam kek: coklat, strawberi, blueberry
**Tambahan 20sen/pcs untuk individual packaging






Pakej D. Cupcakes dengan topping oreo/cadbury@kitkat/buah

Kek: Butter Vanilla / Chocolate Moist
Topping: Buttercream 
Harga : RM35 / 12pcs
Minimum order 12pcs
Saiz M

**Tambahan 20sen/pcs untuk tambahan filling dalam kek: coklat, strawberi, blueberry
**Tambahan 20sen /pcs untuk individual packaging





Pakej E. Cupcakes dengan edible image

Kek: Butter Vanilla / Chocolate Moist
Topping: Buttercream (Perisa butter/lemon: Boleh pilih warna)
Harga : RM75 / 24pcs
Minimum order 24pcs
Saiz M

**Tambahan 20sen/pcs untuk tambahan filling dalam kek: coklat, strawberi, blueberry
**Tambahan 20sen/pcs untuk individual packaging

Senarai harga kerepek bagi tahun 2015


Alhamdulillah. Sekali lagi selesai kerja dan dah siap agihkan lagi tempahan en suami. Semoga perniagaan kecil-kecilan kami berjalan lancar dan semakin mendapat sambutan dari sehari ke sehari. Mana tau boleh jadi tauke besar nanti hehehe. Insyaallah. Usaha tangga kejayaan. And thanks to all buyers sebab dengan pembelian korang secara tak langsung menjadi pembakar semangat kami untuk gigih maju ke depan (^__^)*

Kepada yang nak tempah, bolehlah hubungi admin. Buat masa ni, stok dah habis. Insyaallah, minggu depan ada. Berikut adalah senarai pilihan kerepek dan harga untuk tahun 2015

Kerepek pisang tanduk
*Paket kecik 80-100g ~ RM 3.00
*+- 400g ~ RM 10.00
*+- 1kg ~ RM 23.00

Kerepek ubi masin
*80-100g ~RM 2.50
*+- 400g ~ RM 6.00
*+- 1kg ~ RM 13.00

Kerepek ubi lada hitam (black paper)
*80-100g ~ RM 2.50
*+- 400g ~ RM 7.00
*+- 1kg ~ RM 15.00

Kerepek ubi jagung
*80-100g ~ RM 2.50
*+- 400g ~ RM 7.00
*+- 1 kg ~ RM 15.00

Kerepek kacang dhal
*+-80g ~ RM 2.00
*+- 500g ~ RM 10.00

* Tempahan untuk goodie / door gift pun diterima. Ada paket kecil berharga RM1.00/sebungkus. Diskaun diberi untuk tempahan 500 paket ke atas.

Senarai Pakej & Harga Goodie Bag @ Doorgift

Apa juga majlis kebanyakannya mesti nak bagi goodie bag kan. Dulu-dulu mak ayah kita bagi bungkusan nasi. Zaman sekarang ni pula, ramai orang lebih prefer memilih untuk gantikan goodie bag sebagai bungkusan berkat atau cenderahati kepada tetamu yang datang ke majlis kita. Tak kiralah majlis kahwin ke, pertunangan, aqiqah, hari jadi, keraian dan sebagainya. Sebabnya lebih mudah kerja dan dah siap sedia sebelum majlis berakhir. Tak payahlah kerja keras nak membungkus nasi lagi kan.

Di decodanmakan, pelbagai jenis goodie bag ada disediakan oleh kami. Dari serendah RM5 (termasuk isi goodie bagnya) atau serendah RM2 tanpa material.

Pakej E: kids package

Pakej C: bottle in box

kotak kertas. Pakej A/B; tak termasuk bunga telur 

Pakej D: bottle in box

yang ni bunga telur teddy untuk majlis aqiqah

Dan banyak lagi koleksi yang belum sempat admin kongsikan (^^,) Admin akan kongsikan dari semasa ke semasa. Untuk memudahkan you all buat pilihan, admin ada sediakan senarai pakej yang kami sediakan. Check it out!



Pakej A RM5
* Kotak/beg kertas/beg kain
*Air kotak
*Snek/makanan ringan

Pakej B RM5
*Kotak/beg kertas/beg kain
*Snek/makanan ringan
*Pilihan cenderahati : kipas lipat, pemotong kuku, frame gambar comel

Pakej C RM5
*Botol (kecil) dalam kotak
*Gula-gula

Pakej D RM6
*botol (besar) dalam kotak
*Gula-gula

Pakej E (Kanak-kanak simple) RM3
*Gula-gula/coklat

Pakej F (beg kertas simple) RM3
*snek/makanan ringan
(gambar akan upload nanti)

*** Kesemua pakej di atas PERCUMA thank you tag/sticker dan aksesori.
*** Tambahan RM1.50 untuk bunga telur simple, RM2.50 untuk bunga telur creepe, RM3.80 untuk bunga telur teddy
*** Tempahan 500pcs ke atas boleh dapat diskaun

Pakej Bunga Telur RM5
*Kotak/Beg Kertas
*Bunga telur
*Snek/makanan ringan


Sekian (^0^)//

Homemade Kek Kukus Sarawak : Hati Pari & Lumut

Mari! Mari! Mari!

Kek kukus Sarawak sudah mula menapak di decodanmakan!!! Admin perkenalkan 2 jenis terlebih dulu iaitu Kek Kukus Lumut dan Kek Kukus Hati Pari, saja nak bagi surprise. Mesti you all tertanya-tanya kek apa lagi yang ada kan jeng jeng jeng


Kek Kukus Lumut (kiri, warna hijau) dan Kek Kukus Hati Pari (kanan, warna coklat)

Tester admin belum sempat lagi nak edar tester kat kenalan. Esok admin akan hantar ke area paling dekat. Buat masa ni, admin kongsi dulu dekat decodanmakan. Jika ada tempahan masuk, macam biasalah. Hubungi aje admin untuk order.

 Kek Kukus Lumut


 Kek Kukus Hati Pari

You all jangan terpengaruh sangat dengan rupanya yang mungkin tak berapa menariklah pada you all. Yang penting rasanya dijamin... thumbs up. Marvellous. Sekali cubit, tak puas anak tekak mesti nak rasa lagi. Pendek kata, indah rasa dari rupa. Sebabnya, kek kukus Sarawak di decodanmakan hanya menggunakan bahan yang berkualiti dan bahan utamanya diimport dari Sarawak sendiri untuk mengekalkan rasa asli kek. Ecewah, macam formal sangat pulak ayat admin ni.


Kepada you all yang teringin nak merasa, terutama pada kawan-kawan tu... jangan segan silu, hubungi admin untuk tempahan. Namun, sila ambil perhatian ya. Memandangkan kek Kukus Sarawak ni memakan masa yang lama untuk dimasak, decodanmakan hanya keluarkan stok pada hari Ahad dan Isnin sahaja. Jadinya tak kira you all order bila, hanya 2 hari ni aje boleh dapat. So, admin suggest buat tempahan sekurang-kurangnya 3-4 hari lebih awal.

Harga untuk saiz macam dalam gambar hati pari kat atas (>500g):

Kek Kukus Lumut : RM25

Kek Kukus Hati Pari : RM33

Jenis penghantara: self pickup. Penghantaran percuma hanya ke kawasan Bandar Tun Razak dan Bandar Seri Permaisuri.

Tempahan Kerepek Akhir Tahun

Selesai packaging tempahan kerepek semalam. Alhamdulillah, kerepek pun dah diagihkan. Walaupun tak banyak tempahan tapi syukurlah untuk permulaan. Decodanmakan ada bercadang untuk mengembangkan perusahaan kerepek kami di merata tempat. Setakat ni dah masuk tiga kawasan dan alhamdulillah sambutannya menggalakkan. Hujung minggu ni bolehlah kami ronda-ronda cari kawasan baru (>_<)V

Tahun 2014 pun dah semakin dekat nak tinggalkan kita. Di sini admin pun nak maklumkan bahawa harga kerepek pisang tanduk di decodanmakan terpaksa dinaikkan mulai Januari 2015. Bukanlah sebab dah dapat sambutan decodanmakan nak ambil kesempatan tapi disebabkan kenaikan harga pisang yang tak dapat dielakkan disebabkan kekurangan stok. Rata-rata pengusaha kerepek pun mengaku kekurangan stok menyebabkan harga kerepek juga naik. Decodanmakan tak terkecuali. Harap maaf dan harap maklum ye.

Decodanmakan pernah guna pisang yang diimport dari Thailand untuk kerepek pisang kami tapi rasanya 'kurang' daripada pisang tempatan. Mungkinkah spesies berbeza? Atau sebab penghantaran yang jauh menyebabkan kualiti pisang yang sampai kepada kami tu pun berkurang sama. Harganya pun bukannya lagi murah. Jadi, decodanmakan ambil keputusan untuk kekal memilih pisang tempatan. Stok kerepek kami hanya akan disediakan bila ada temapahan untuk memelihara kesegarannya. Biasanya bila stok lama, rasanya tengik kan. Sebab tu harga pasaran kami tak boleh nak ikut harga kilang/bundle ye... kami kena ikut harga pasaran bahan mentah (^_^)

Tapi jangan sedih jangan kecewa.  Sampai 31 Disember 2014 ni decodanmakan masih menawarkan harga yang sama. Tahun depan pun kalau ada kesempatan kami akan buat promosi dari semasa ke semasa. Jadi apa lagi. Kepada yang berminat dengan kerepek pisang kami, kenalah buat tempahan awal dan ikuti promosi yang akan kami buat nanti ye!!! (^0<)//

RM1 sebungkus

Sempena kenduri-kendara yang giat dijalankan waktu sekarang ni, decodanmakan ada buat promosi untuk bungkusan kerepek kecil serendah RM1/bungkus. Jenis kerepek yang ada adalah:

Kerepek pisang
Kerepek bawang comel
Kerepek ubi
Kerepek ubi pedas
Kerepek ubi kari

Mural indoor dan outdoor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (^_^)/

Apa cerita hari ini? Harap semuanya ceria-ceria pagi ni.. sampailah ke tengah malam nanti ye. Tuan kedai decodanmakan nak buat pengumuman sikit tentang servis mural yang ditawarkan oleh Rotibakar Artwork. Terlebih dulu admin ucapkan terima kasih banyak pada yang beri feedback dan yang bertanya pasal servis mural ni. Oleh kerana ada info yang mungkin admin terlepas nak hebahkan, minta maaf ye. Kat sini admin akan maklumkanlah... rotibakar artwork buat mural indoor dan outdoor, sama ada penuh dinding atau cuma lukisan subjek sahaja tanpa background.

Untuk lukisan penuh dinding, promosi yang rotibakar artwork buat sekarang adalah serendah RM10 sqft (per kaki persegi). Contohnya kalau keluasan dinding tu 100 sqft, totalnya RM1000. Amaun ni dah termasuk material & kos pengangkutan dan tak kiralah designnya macam mana. Material yang digunakan adalah cat kapur atau pelaka.

Untuk lukisan subjek tanpa background pula, yang ni kebanyakan customer rotibakar artwork prefer jenis ni... harga bergantung kepada keluasan dinding dan design. Material yang digunakan cat kapur atau pelaka. Cat air juga boleh menjadi salah satu pilihan jika bajet rendah tapi admin rotibakar artwork tak galakkan sangat.

Kedua-dua jenis pakej ni boleh buat indoor atau outdoor. Tapi masih ada limitation di mana rotibakar artwork tak buat untuk dinding yang terlampau tinggi macam outdoor tingkat 1 atau lebih tinggi dari tu. Admin rotibakar artwork ni gayat orangnya. Hehe.

Jika you all berminat, boleh hubungi admin untuk perbincangan lanjut. Draf atau lakaran lukisan (hitam putih) hanya akan dihantar setelah persetujuan kedua-dua belah pihak atas perbincangan di awal tadi. Bayaran servis adalah seperti berikut:

Selepas draf dipersetujui: 50% deposit
80% kerja selesai : 25%
Kerja selesai : Baki 25%

Sampai di sini saja admin nak berceloteh. Kalau masih ada keraguan yang admin tak terjawab di sini, bolehlah hubungi admin terus ye. Terima kasih semua (>__<)*

Tempahan Kerepek


Alhamdulillah. Semalam siap packaging tempahan kerepek pisang. Ada sikit lagi stok dekat rumah. Payah betul nak dapat stok pisang mentah sekarang ni. Rata-rata disebabkan banjir dan penyakit yang menyerang pokok pisang. Cari punya cari, redah punya redah, alhamdulillah dapat juga stok. Harga pasaran pun makin menggunung sekarang.

Apapun, decodanmakan masih mengekalkan harga yang sama buat masa sekarang. Kalau harga terus naik, terpaksalah admin pun join sekaki nanti.

Kaibutsu-Kun 3D Movie Official Book

Kepada peminat Arashi, pasti kenal Riida paling sempoi Ohno Satoshi. Di sini admin ada stok produk filem beliau, Kaibutsukun The Movie. Diorang ni hasilkan buku Kaibutsu-Kun yang mengandungi Kaibutsu-kun sugoroku (alaa..macam main dam ular tu), Kaibutsukun paper matching clothes, 3D spectacle, manga... dan... dan ... Kaibutsu-kun curry spoon.



Wajah depan kotak Kaibutsu-Kun 3S Movie Official Book


Curry spoon yang empat pelakon utama Kaibutsu-kun julang


Stok terhad!!!

Harga: RM85 (harga pasaran RM100+)

Berat: >1 kg (curry spoon dia berat. Yang ni paling special dalam box set ni hehe)

Kos Penghantaran : RM10 (Semenanjung); RM15 (Sabah & Sarawak)