Mural Rotibakar Artwork

Bukan mirror mirror in the world... itu cerita Snow White. Lar ni nak cerita pasal mural mural on the wall   ^^,

Pemilik Rotibakar Artwork ni dah memulakan kerja-kerja muralnya sejak di bangku sekolah lagi. Sebelum ni sekadar suka-suka dan main conteng-conteng mural atas dinding rumah dan tadika tempat kakaknya mengajar. Kiranya tolong kakaknya ler tu..lepas tu dapatlah upah guna duit poket akaknya sendiri hehe Lepas tu, akaknya yang seorang lagi pula minta lukis mural di tadika tempat dia mengajar la pulak. (Best betul ramai akak cikgu tadika ni)

Kalau nak tahu lagi, rotibakar artwork ni sebenarnya hasil kerja admin sendiri. So, sudi-sudilah tinjau hasil kerja admin ye. Kalau ada cikgu2 atau pengetua ke atau pengasas tadika/taska/klinik kanak-kanak atau sape aje yang nak admin datang buat mural kat area you all, sila-sila hubungi admin ok.

Angan-angan admin nak jadi pengasas kawasan seni mural supaya jadi tarikan pelancong macam dekat Kampung Ihwa, kat Seoul tu. Tapi hehehe...

Sebelum ni, admin ada guna cat air, ada guna cat kapur, ada jugak guna cat minyak... bergantung kepada keperluan sekolah itu sendiri. Kalau bajet kecil, admin akan pilih cat air. Tapi jangan risau... biasanya lukisan cat air ni akan dibalas dengan cecair penyembur supaya lukisan tahan lebih lama dan kalis air. Warna cat air ni pun banyak pilihan. Tak kurang juga dengan cat kapur. Kita boleh mainkan campuran warna untuk dapatkan warna-warna yang berbeza. Beza kos cat air dan cat kapur sebenarnya tak jauh beza bagi mural berkeluasan besar. Untuk permukaan besi pula, no choice la. Kena juga guna cat minyak.


Cerita cerita jugak apa kata jom kita cuci mata tengok hasil kerja mural rotibakar artwork ni pula. Kalau nak lebih banyak details dan promosi, you all bolehlah klik terus ke laman facebook RotibakarArtwork ye (^0^)/






No comments:

Post a Comment