Super Junior Notepad

Sorry Sorry Sorry Sorry
Naega Naega Naega Moenjoe
Nege Nege Nege Ppajyeo
Ppajyeo Ppajyeo Beoryeo Baby

Berhantu la lagu album ketiga Super Junior ni walaupun sekarang dah album ke7, Sorry Sorry dah jadi trademark paling popular bagi kumpulan yang asalnya dianggotai 14 orang ahli. Perrgggh ramai tak ramai? Walaupun sekarang ahlinya dah susut, angka 14 tu dah jadi sinonim di kalangan peminat mereka iaitu geng-geng ELF. Ever Lasting Friendship!

Cukuplah sedikit intro pasal diorang ni. Super Junior notepad pula masuk ke laman decodanmakan. Ready stok tapi sangat-sangat terhad. Stok admin dapat dari Korea tapi tak ada cop made in Korea, sorry sorry for that. Hehehe.


Kerepek Bawang Comel



Kerepek bawang ni lain sikit dari kerepek bawang biasa. Saiznya lebih kecil dan berwarna warni. Admin terus tertarik pada warna dan rupanya yang comel   \(*o*)/
Rasanya pun lain dari biasa. Ada rasa lemak.. sedaplah dibuat kudapan. Packaging paling kecil 100g macam dalam gambar dekat atas. Harganya cuma RM1.50. Untuk 1/2kg, RM7 dan untuk 1 kg RM14.

Untuk tempahan, macam biasalah ye. Hubungi aje admin bila-bila masa. Untuk bulk order 3kg ke atas, sila hubungi admin lebih awal sebab admin memang tak akan simpan stok banyak-banyak. Kalau last minute kesian kat admin

Admin juga terima bulk order untuk kenduri kendara. Kalau you nak bagi kerepek ni sebagai bungkusan ataupun berkat, boleh sangat. Nak letak dalam bag goodie you all pun cantik. Bolehlah tetamu you all mengunyah dalam perjalanan balik nanti. Untuk bulk order, admin akan guna plastik tebal dan bercorak dekat atas. Tempahan mestilah 50packs ke atas, harga RM1.30 bagi setiap bungkusan.

Tempahan Kerepek Pisang Tanduk



Alhamdulillah. Selesai packaging semalam, hari ni stok licin. Memang best kerepek pisang ni dijadikan snek masa buat kerja. Nak tunggu rehat atau waktu balik, perut dah berlagu dulu (>"0"<)

Terima kasih kepada yang membeli dan menempah. Tempahan yang masuk pun makin bertambah nampaknya. Syukur atas rezeki yang Tuhan beri ni. Rezeki pengantin baru agaknya Hehehe. Yang tak sempat tempah tu, jangan sedih-sedih. Admin tak simpan stok banyak-banyak. Bila ada orang tempah, baru projek jalan. Barulah rasa kerepek ni segar dan rangup. Jadi you all akan dapat kerepek pisang yang masih baru.Tempahan sentiasa dibuka dan admin akan hantar pada you all nanti. Kerepek pisang tanduk fresh lagi sedap akan muncul depan pintu rumah you all.


Keropok dhal

Keropok dhal perisa original

Harga:

80g --> RM2.50 (saiz 12x7)
200g --> RM5
400g --> RM7


dalam gambar ni contoh 80g

Kerepek Pisang Tanduk


Kerepek pisang tanduk, Batu Pahat.

Teringat kenduri dekat kampung kampung dulu, mesti ada kerepek jadi cekedis. Masa-masa santai sedap juga makan kerepek ni. Tengah buat kerja pun, kalau perut dah lapar sangat seronok kalau dapat makan snek warisan melayu ni. Ececeh. Admin tak simpan stok ye. Kerepek pisang tanduk admin cuma akan disediakan bila ada tempahan bagi mengekalkan kualiti dan kesegaran kerepek tu sendiri.

Tanpa pewarna tiruan. Tidak masin. Mild aje gitu. Kepada yang berminat nak tempah untuk kenduri, ataupun saja-saja nak makan sendiri kerepek pisang segar, berikut adalah harga bagi berat berbeza

peket kecil --> RM3
+-500g --> RM13
+-1Kg --> RM23

Harga mungkin berubah mengikut harga pasaran bahan mentah. Harap maklum ye (>.<)

Packaging kecil sesuai untuk bungkusan goodie juga disediakan. Hanya RM2/pack (minimum order adalah 50 packs).

Shiseido Peel Off Mask


Shiseido peel off mask ni dah sangat popular la di seluruh dunia disebabkan kualiti produknya sendiri. Admin sendiri dah pernah cuba. Memang berkesan menghilangkan binti hitam, apa lagi si bintik-bintik putih.

Nak guna senang aje:

Bersihkan muka atau kawasan yang nak disapu tu. Biasanya admin cuci dengan srub muka supaya liang roma terbuka dan memudahkan bintik hitam yang liat ditarik keluar nanti. Lepas cuci, ap dengan kain bersih dan sapukan sepeket shiseido black mask ke seluruh muka (elakkan terkena kawasan mata. Kalau tak you all akan menangis nanti). Kalau you all cuma guna untuk sapu dekat hidung atau T area, biasanya sepeket boleh pakai 2-3 kali. Simpan di tempat yang dingin dan kering.
Tunggu sampai mask tu kering dekat muka, baru cabut mask perlahan-lahan. Admin buat laju-laju sebab kalau perlahan pedih nak cabut dekat area yang sensitif macam pipi.

Pendek kata, buat macam dalam gambar kat bawah ni. Hasilnya, you all boleh nampak banyak bintik hitam dah melekat dekat mask hitam yang you all tanggalkan tadi. Mula-mula memang banyak. Lepas pakai ni rasa hidung sendiri. Rasa halus kan. Tu tandanya, you all memang ikut arahan betul-betul hehe Terus amalkan penggunaan mask ni sampai bila you all tarik tak ada langsung bintik putih yang melekat.



Pinjam gambar En Google.

Admin galakkan pakai serum lepas guna shiseido peel mask ni. Kalau tak pun, basuh muka dengan air sejuk sikit. Sebabnya, nak tutup liang roma yang terbuka masa kita tarik mask dari muka tadi.

Ok, pada siapa yang tak tahu nak beli kat mana atau teringin sangatlah nak cuba, dekat sini admin pun ada jual shiseido peel off mask dengan harga:

Harga : RM1/pcs

Berat: 12g

Pos biasa : Percuma dengan pembelian 20pcs ke atas

Pos laju : RM6 (untuk 500g pertama)



Johnny's Dramatic Before After photobook




Lagi photobook yang mengandungi pelbagai gambar jpop idol dari Jepun. Antaranya termasuklah kumpulan SMAP, V6, Arashi dan ramai lagi senpai2 dalam buku ni. Gambar dulu dan sekarang yang pastinya you all, peminat Jpop mesti mau tengok punya.

Kondisi: Second hand but in good condiotion

Harga: RM30

Penghantaran percuma hanya terhad di sekitar Banda Tun Razak sahaja.

Hey!Say!JUMP FIRST photobook + message DVD (special edition)

Tu dia....




Deskripsi

Artis: Hey! Say! JUMP
Tahun Terbitan: 2009
Saiz: A4
Berat: 100g
Harga: RM65 (tidak termasuk kos penghantaran)

Original dari Jepun. Second hand namun masih berkeadaan baik. Dalam kotak, siap dengan bubble cover lagi. Penghantaran percuma terhad sekitar Bandar Tun Razak.

Edisi terhad!! Special dengan DVD yang mengandungi ucapan dan mesej dari setiap ahli HSJ.. tapi admin tak faham Bahasa Jepun (>.<)

10 years of ARASHI photobook

Admin ada google sikit pasal Arashi ni... Arashi ni kalau dialih bahasa ke Bahasa Inggeris, maknanya STORM. Diorang ni kumpulan penyanyi dari Jepun yang terdiri daripada lima jejaka cute miut kata peminat2nya, kakkoi!!! Nak tau betul kakkoi ke idak, admin kongsi satu gambar diorang ni...


Amacam? Hahaha... Mesti ada yang tertanya-tanya apalah yang admin nak jual di decodanmakan kali ni. Tengok balik dekat tajuk post. Nampak tak "10 years of ARASHI photobook"? Hehe...jadinya, inilah produk terkini yang masuk ke laman decodanmakan. Wajah buku tersebut adalah........:


Photobook ni memaparkan wajah-wajah semua anggota kumpulan Arashi ni dari tahun pertama debut Arashi iaitu pada tahun 1999 hinggalah 2009. Sekarang ni dah 15 tahun usia kumpulan diorang ni. Jadi, kepada yang berminat boleh baca deskripsi seterusnya ye:

Keadaan buku: baik

Gambar: Berwarna

Harga : RM30

Penghantaran percuma sekitar Bandar Tun Razak

Hey! Say! Jump Photobook (Vol.2 : HSJ 7)

Assalamualaikum.

Lapar ke? Lapar tak? Kalau lapar, kena tengok pakej lain yang boleh dimakan di decodanmakan (>o<)

Lar ni pulak, admin nak kongsi jualan produk yang tak boleh dimakan tapi boleh dijamah. Jamah mata... hehe

1. Hey! Say! Jump Photobook (Vol.2 : HSJ 7)


Kenal tak Hey Say Jump ni? Tak kenal, kena google. Pada yang kenal dan suka kumpul barang diorang ni, you all mesti berebut kalau baca entry ni. 

You all boleh rebut buku bergambar ni, yang penuh dengan gambar2 HSJ 7 ni dengan harga potongan RM30. Tapi second hand la yer. Walaupun second hand, buku dijamin masih cantik dan elok. Kalau buruk, admin tak jual kat sini. Harga asal 1300 yen and cuba convert ke MYR (RM), lebih kurang 40+ la. 

Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran ye. For sure local shipping lagi murah daripada shipping dari Jepun sendiri kan. Penghantaran percuma sekitar Bandar Tun Razak. Siapa yang berminat lekas2 rebut and call tuan kedai decodanmakan. Kuantiti terhad!

Mural Rotibakar Artwork

Bukan mirror mirror in the world... itu cerita Snow White. Lar ni nak cerita pasal mural mural on the wall   ^^,

Pemilik Rotibakar Artwork ni dah memulakan kerja-kerja muralnya sejak di bangku sekolah lagi. Sebelum ni sekadar suka-suka dan main conteng-conteng mural atas dinding rumah dan tadika tempat kakaknya mengajar. Kiranya tolong kakaknya ler tu..lepas tu dapatlah upah guna duit poket akaknya sendiri hehe Lepas tu, akaknya yang seorang lagi pula minta lukis mural di tadika tempat dia mengajar la pulak. (Best betul ramai akak cikgu tadika ni)

Kalau nak tahu lagi, rotibakar artwork ni sebenarnya hasil kerja admin sendiri. So, sudi-sudilah tinjau hasil kerja admin ye. Kalau ada cikgu2 atau pengetua ke atau pengasas tadika/taska/klinik kanak-kanak atau sape aje yang nak admin datang buat mural kat area you all, sila-sila hubungi admin ok.

Angan-angan admin nak jadi pengasas kawasan seni mural supaya jadi tarikan pelancong macam dekat Kampung Ihwa, kat Seoul tu. Tapi hehehe...

Sebelum ni, admin ada guna cat air, ada guna cat kapur, ada jugak guna cat minyak... bergantung kepada keperluan sekolah itu sendiri. Kalau bajet kecil, admin akan pilih cat air. Tapi jangan risau... biasanya lukisan cat air ni akan dibalas dengan cecair penyembur supaya lukisan tahan lebih lama dan kalis air. Warna cat air ni pun banyak pilihan. Tak kurang juga dengan cat kapur. Kita boleh mainkan campuran warna untuk dapatkan warna-warna yang berbeza. Beza kos cat air dan cat kapur sebenarnya tak jauh beza bagi mural berkeluasan besar. Untuk permukaan besi pula, no choice la. Kena juga guna cat minyak.


Cerita cerita jugak apa kata jom kita cuci mata tengok hasil kerja mural rotibakar artwork ni pula. Kalau nak lebih banyak details dan promosi, you all bolehlah klik terus ke laman facebook RotibakarArtwork ye (^0^)/